SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, September 14, 2015

5 FAKTA MENARIK YANG KORANG PATUT TERJAH KE MITSUI OUTLET PARK KLIA.

Assalamualaikum. selamat sejahtera.

Masa tu kan ada banyak FREE SEAT and AIR ASIA ada buat promotion kan? Ada ke korang terbeli untuk next year trip? Ehem2 nanie ada beli. kahkah Lokasi rahsia, insyaallah akan di update blog juga. Sharing is caring kan?  

Actually, nanie nak cerita satu shopping complex yang ada kat KLIA. Ada tak yang tak pernah tahu kewujudan Mitsui Outlet Park. Kalau tak tahu meh nanie cerita sikit. 

*****************


FAKTA BUKAN AUTA

1. Lokasi - berhampiran dengan KLIA dan mempunyai akses dari lebuhraya. yang mana keluasannya ialah seluas 24,000 meter persegi dalam fasa pertama pembangunannya.

Ada 4 konsep
  • Sunshine Square (a 'luxury street concept lit by skylights')
  • Pier Walk (a chic esplanade ambiance)
  • Tropical Plaza (a greenery-filled avenue)
  • Beach Walk (a breezy simulation of the beach 

Signage of shopping complex - pic taken from google


2. Bas percuma - Jika korang ada lebihan masa di KLIA, korang boleh spend masa die sini untuk cuci mata atau lepaking sambil coffee2 ke. Sebab ada bas FREE untuk ke Mitsui tapi diingatkan kadar ulang alik jarak masa dia sangat jauh dan lama. Jangan sampai terlepas flight pula.

Free shuttle bus - credit to google


3. Syurga shopping  - Satu-satunya pusat beli-belah yang menawarkan produk jenama premium pada harga diskaun di sekitar Lembah Klang. Kalau kat Johor ada JPO (Johor Premium Outlet). Apa yang ada dalam Mitsui Outlet Park - memiliki 140 factory outlet (FO) di kawasan membeli-belah. Jadi korang tak perlu risau, rata2 harga dalam shoopping ni memang berpatutan. Secara jujurnya, nanie sendiri rambang mata. 

Ada banyak lagi outlet yang best2.
 Zalora yang top online shop pun ada physical store kat sini.  

4. Kaunter check in / flight information  - Jangan risau kalau sambil shopping, korang terlupa nak check in. Dalam shopping complex ni ada flight centre and korang bole check in di self-service kioskJangan risau tlepas flight. Kat sini pun ada flight information display system dan servis tempat simpan barang secara percuma. FREE ok? :)


5. Restoran - dari food court ke restoran mewah semua ada. Tapi nanie akan recommend satu restoran Jepun yang nanie rasa korang patut cuba. Apa-apapun, kalau nak cuba makanan baru yang penting kena cari yang HALAL

Sebahagian dari Restoran yang kebanyakan dari negara Jepun. Kalau tak berkesempatan nak ke jepun, datang je sini rasai suasananya di Malaysia.

**********************

KESIMPULAN

Mitsui Outlet Park KLIA ini adalah gedung membeli belah yang besar dan mampu membuatkan poket korang korang menipis. hahaha >_<



p/s Tunggu next entry, nanie akan update tentang restoran Jepun yang nanie cuba di sana. Tungguuuu!!
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

2 comments:

  1. Lor...Ingat kat sini jer ade MITSUI!!! kat KLIA pun ado...no wonder la banyak shops/restaurant from Japan coz the origin from here. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha baru buka MITSUI. nak g jepun tu kena kumpul duit kasi poket penuh. haha

      Delete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails