SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Monday, September 3, 2012

SETIAP DUGAAN PASTI ADA HIKMAHNYA..



Dalam kita cuba mencari kebenaran,
 kadang2 kita akan berjumpa kepalsuan

Dalam kita cuba mencari ketenangan
kadang2 kita akan berjumpa kerumitan

Dalam kita cuba mencari keaslian,
 kadang2 kia akan terjumpa tiruan

Dalam kita cuba mencari kegembiraan,
 kadang2 kita akan berjumpa kesedihan

Dalam kita cuba mencari jawapan, 
kadang2 kita akan berjumpa ujian

Dalam kita cuba mencari kesempurnaan
kadang2 kita akan berjumpa kekurangan

Itulah kehidupan, semuanya yg berlaku telah diatur oleh Allah yg Maha Mengetahui dan Menentukan..

Tetapi..

Percayalah..

Dalam kita mencari jalan Tuhan, disitulah letak segala kebahagiaan..

*******************************
Bagi nanie, walau bagaimanapun, setiap dugaan dan ujian perlu dihadapi. Namun sejauh mana kita menghayati hikmah yang ingin Allah sampaikan kepada makhlukNya hanya diri sendiri yg merasainya..

"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

1 comment:

  1. semoga ikatan suami isteri antara nanie & suami berkekalan hingga ke syurga..

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails