SAHABAT & FOLLOWER @ BLOG

TABUNG PERCUTIAN..

Tuesday, January 3, 2017

#TRAVEL VIETNAM - 13 TIPS MUDAH NAK BERCUTI KE HO CHI MINH (PERCUTIAN KELUARGA)

Assalamualaikum.. selamat sejahtera..


Selamat Datang ke 2017..
Alhamdulillah.. 

Baru je nanie pulang dari Vietnam last two week (24 Dec hingga 27 Dec) So, sementara ingatan pasal Vietnam ni masih segar di kepala, nanie ada beberapa tips dan juga nasihat untuk orang yang nak travel ke Vietnam ni. Hihi


TIPS-TIPS PENTING UNTUK BUAT PERCUTIAN BUDGET KE VIETNAM
1. Flight ticket dan Passport
Pergi ke Vietnam tak perlu visa, hanya passport sahaja.  Untuk elakkan tertinggal atau terlupa bawa bila sampai di airport, apa kata korang letak siap2 passport dalam travel bag. Bila sampai masa travel, pack your bag, bring your passport and go!!!

TIPS : Pastikan
  • Passport tamat tempoh sebelum 6 bulan dari expired date
  • print resit pembayaran flight, sebab ada nombor booking.
  • print out tiket pergi dan balik untuk kegunaan check in di kaunter nanti.
  • Airport Ho Chi Minh tak ada surau. Jadi pastikan sebelum depart, solat jamak siap-siap. 
Nanie pergi ke Vietnam naik MAS - Malaysia Airline sebab ada luggage 30kg per person.
2.Transport ke Hotel / Pasar Ben Thant

INFO
Bila tiba di  airport :

Ada 2 pilihan untuk pergi ke pasar Ben Thanh:
Taxi: Vina Sun Taxi , tolong ambil Taxi Vina Sun only. Sebab ini best Taxi Di Vietnam.
Bas:  Naik bas Airport ke City Center.  Bas ini sangat cantik dan besih macam Bas di KL atau Singapore. 20.000 Dong seorang termasuk luggage (RM 4) untuk pergi Ben Thanh market , driver dan Pembantu Bas boleh cakap speaking English.







3. Imigresen Vietnam Strict / Muka Ketat
Apabila korang masuk airport dan bertemu dengan pihak imigresen, korang akan bertemu dengan pegawai yang macam nak makan orang. 

TIPS : 
Pergi - Pastikan korang tahu nama hotel dan alamat hotel. Sebab mana tahu korang kena tanya dengan pegawai. Takdelah korang terpinga-pinga kat imegresen nanti. 
Balik - Bila nak balik, korang akan di minta buka kasut. Jadi jangan terkejut pula, memang pelik tapi benar. 
4. Hotel

Kalau korang nak jalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh, sewa bilik hotel di area dekat dengan makanan halal. Sebab senang kalau nak breakfast,lunch dan dinner. Just turun bawah hotel, banyak restaurant makanan halal. Ada restoran hajjah bashiroh, Restoran Al-Amin, Restoran Usman, Restoran Aysah.

Tips : Sila booking bilik hotel di Malaysian Street. Contoh, Blessing 1 Hotel , Hotel Saigon Pink 2, sila print siap-siap nama hotel dan berikan pada semua family jika ada kecemasan, hanya boleh tunjuk je kertas tu.

5. Perlu ke tour guide?

Tour guide perlu  jika korang pergi ramai / dalam family. Macam nanie, segalanya diuruskan oleh tour guide dari A TO Z, takde keluar satu sen pun pun memandangkan mak nanie berkerusi roda. Sememangnya nanie puji tour guide ini, susah nak dapat yg boleh jaga kebajikan orang berusia dan makan minum memang terjaga. 

6. Restoran Halal.


Sebenarnya, kat Vietnam ni, banyak jer halal food. So, korang takyah susah hati yer. Kalau kedai ada sign halal tu korang masuklah. Tapi korang kena bersiap sedia dengan HARGA makanan di sini. MAHAL sangat. Bayangkan roti canai dan teh tarik bersamaan harga RM22. Mahal ke tak?

Jadi kalau rasa macam tak larat nak makan mahal macam tu, better bawa lah makanan maggi ke, sup Kimball ke, roti ke, minuman 3 in 1 ke, jimatlah duit korang.

Macam nanie, fully sponsored termasuk dalam harga pakej. Sampai tak sempat lapar, asyik makan dan minum je sepanjang masa. hahaha


kalau datang Vietnam, sila cuba Pho Ayam atau Pho Daging. Yang penting HALAL ^_^

7.  Kopi Vietnam

Jangan lah lupa nak mencuba Kopi Vietnam , Ya Allah macam ketagih dibuatnya pagi petang siang malam asyik beli je. Harga pun tak mahal, RM3 je secawan. Pekat, manis, sedap dan berbaloi2. 


Kalau datang Vietnam, sila cuba Vietnam Coffee. Cuba cari penjual ini sebab dia murah dengan senyuman dan pemurah. Setiap hari nanie beli, sampai 5 cawan dia kasi FREE. Semoga murah rezeki


8. Universal Adapter

Yang ni korang kena bawak kalau korang pegi bercuti oversea. Power voltage di Vietnam lain dari Malaysia, jadi perlu la bawak adaptor ye. Boleh dapat kat kedai eletrik atau Mr DIY. Siapa yang jenis selalu pergi oversea biasanya dah beli universal adapter. 

TIPS : Setiap sorang bawak satu adapter. Nak lagi best, bawalah extension plug sebab boleh kongsi nanti sebab smart phone sekarang kan  selalu habis bateri. hehe





9. Ubat-ubatan yang Penting.
Nanie bawa Panadol Actifast, pelekat Salonpas untuk sakit pinggang dan sakit kaki, ubat cirit birit, tiger balm, ubat klinik (demam, selesema, batuk). Walaupun korang rasa tak perlu, tapi percayalah pasti korang akan guna nanti. 

Lagi-lagi pergi dengan family, mesti ada anak atau adik yang sakit perut, salah makan ke, cirit birit, jadi better kita sediakan awal2 dari Malaysia.


10. Tukar Duit ke Vietnam Dong / USD / RM
Korang dinasihatkan untuk siap2 menukar mata wang Vietnam Dong / USD di Malaysia. Untuk kemudahan shopping, ini currency converter yang nanie bawa sebagai rujukan. 

Kalau sesiapa yang nak, email me nanie_nakata@yahoo.com . Nanie boleh send pada korang. free of charge. hihi



11. Shopping 

Tolong tolong Tolong tawar dengan penjual. Kalau rasa tak reti tawar, korang pergilah ke Malaysian Street. FYI, kadang-kadang  area Ben Thant tu harga T-shirt atau fridge magnet sampai 2 kali ganda mahalnya. 
Contoh paling mudah : Tshirt kat Night Market jual RM8, tapi dalam Ben Thant dia cekik harga dalam RM10-RM15 sehelai. Rajinkan diri survey dulu sebelum membeli ye.

TIPS 
1) Ramai tahu berbahasa melayu, jadi jangan risau. Jangan mengata kat belakang juga takut diorang faham. Haha
2) Nanti nanie share satu kedai kain, yang nanie rasa selesa dan mudah untuk shopping berbanding dalam pasar Ben Thant yang serabut.



12. Kasut yang selesa
High Heel, maafkan.. lupakanlahhhhh.. kalau korang tak nak merana separuh jalan tapi kalau dare to die pakai ajer lah. InsyaAllah, confirm di pertengahan jalan korang akan beli / tukar kasut lepas tu. 

Nanie pakai sport shoes / sneakers jer senang nak bergerak, berlari dan yang paling utama ketika ''shopping'' kihkih

13. Activate Credit Card/ ATM Card untuk Penggunaan di Vietnam.
Ni kiranya kes standby atau emergency. Manalah tahu ada pembelian luar kawal ke kat Vietnam, atau ada emergency kes yang memerlukan sejumlah duit yang banyak. Masa ni lah kad2 ini amat diperlukan.

Maybank - Credit Card Centre
For enquiries, call 1-300-88 6688 
Credit Card Centre at 03-7953 8610 (Platinum/Premier) 
Credit Card Centre at 03-7953 8600 (General/Gold & Classic).

CIMB - Credit Card Centre
For enquiries, call 1 300 885 300 (Local)Credit Card Centre at +603 2295 6888 (Overseas)

TIPS - Just call your bank, and they will ask how long is your stay. Mereka akan aktifkan pada berapa lama kita di luar negara. No charge pun dikenakan untuk pengaktifan. 

 ********************************************

Bercuti dengan keluarga dapat berkongsi kegembiraan dan cipta momemnt indah bersama. Tetapkan nawaitu dan tujuan kita nak melancong.  Insyaallah Allah permudahkan.



***************************
U LIKE @ NOT, UP TO U..
www.tips-fb.com

30 comments:

  1. Seronoknya dik! Gi Vietnam pulak. Kawan Akak aritu pun ade pegi Vietnam baru2 ni. Pun cakap makanan halal mahal. Senangnya ade tour guide.. Part best bila perut full Sokmo. Hahaha!
    Kopi Vietnam tu pun ramai cakap sedap. Bilalah Kopi Vietnam nak smpi sini. 😁

    P/s : groceries bag tu ikut harga kain. Yang tu rm10. Kalau kain tebal sket rm20.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah one day. jepun akak dah jejak, tak mustahil vietnam pun bole. hehe

      Delete
  2. Akak suka negara yang tak perlu guna visa...menyenangkan hidup...vietnam sekarang sangat popular untuk diterokai...meriahnya keluarga nani semua join...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Bahagia dan rasa happu bila ada family kaki travel ni. Kihkih

      Delete
    2. Alhamdulillah kak. Bahagia dan rasa happu bila ada family kaki travel ni. Kihkih

      Delete
  3. Assalam...Blh share tour guide yg akak pakai?? Mmg ok ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah nanie share by tomorrow. Maaf lambat ye

      Delete
    2. Alhamdulillah nanie share by tomorrow. Maaf lambat ye

      Delete
  4. Salam Nani, Nani ada tulis mak nani berkerusi roda. Nani dan keluarga ada melawat mekong river. Ada masaalah tak untuk mak nani naik bot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak nanie naik boat tapi kena pimpin la. Sebab bahaya kan.

      Delete
    2. Mak nanie naik boat tapi kena pimpin la. Sebab bahaya kan.

      Delete
  5. Share tour guide

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next entry nanie share itinerary dan tour guide vietnam ye

      Delete
    2. Next entry nanie share itinerary dan tour guide vietnam ye

      Delete
  6. kak nani...tinggal hotel mana? dan hotel nya bagus ker?

    ReplyDelete
  7. Salam..boleh berikan converter MYR to Dong vietnam ikut current punyer currency exchange.tq kak nanie..

    ReplyDelete
  8. Slm Nurul harnani kasmari.. Blh kongsikan dgn akak nama hotel dan tour guide vietnam...

    ReplyDelete
  9. Salam...boleh tak saya nak minta converter MYr ke Dong Vietnam yg terkini..tq very much...

    ReplyDelete
  10. Blh bg fb sis x

    ReplyDelete
  11. Hi nani terima kasih atas tips yg berguna utk bercuti ke ho chi minh. Kalau nani tak kisah boleh sharekan contact no tour guide kepada sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BOLE CONTACT TOUR GUIDE NI FAROK +84 122 349 5924

      Delete
  12. Assalam sis, berapa RM kena bajet makan minum untuk sehari kat sana?

    ReplyDelete
  13. Assalam sis, berapa RM bajet kalo makan minum untuk sehari kat sana?

    ReplyDelete
  14. The Greenvisa Information systems can guide you throughout the process for both accepted and declined cases. The system can also help you in case your Vietnam Visa is expired and you want to renew the same you get Easily. click here

    ReplyDelete
  15. Nani...simkad elok beli di airport ke...

    ReplyDelete
  16. Simkad elok beli di airport ke atau bagaimana

    ReplyDelete

komen je.. nanie reply.. salam ukhuwah..

Related Posts with Thumbnails